AKTIVITI TAHUNAN PROGRAM NILAM

Sepanjang tahun dalam suatu tempoh, Guru Perpustakaan dan Media (GPM) bersama guru NILAM serta ahli jawatankuasa PSS perlu menjalankan beberapa aktiviti yang berkaitan NILAM. Ianya dipanggil Program Gerakan Galakan Tabiat Membaca. Program ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada murid dari segi persembahan, aktiviti secara individu atau berkumpulan dari segi aktiviti yang berkaitan dengan literasi maklumat dan sebagainya.

Berikut ialah cadangan beberapa aktiviti yang boleh dijalankan oleh Pusat Sumber Sekolah.

1-Treasure hunt
2-Pertandingan Pidato / Bahas
3-Pertandingan berbalas pantun / sajak
4-Mengulas buku
5-Pertandingan poster (ppda / bulan merdeka / bulan membaca dsb)
6-Menghasilkan "Big Book"